Friday, April 22, 2011

Tu dia!!!ha!

wakakakaka....
dh lma xupdate kan?? kalu update p0n xda 0rg nk mnjenguknya...
erm....xmau cita mslah..xmau cta bnda lain...
hari ni website uia kna SERBU!!!
waaaarrggghh....knpa???!!sbbnya~~~
jeng3!!!!
Congratulations! We have the pleasure to inform you that the University has decided to offer you admission into:
BACHELOR OF URBAN AND REGIONAL PLANNING (HONOURS) *
di sebalik kegembiraan 2 terselit jgak kesedihan bila....

You are required to report for Mahallah's registration as follows:

Venue :Mahallah HAFSAH
erm....maka terpisah kmi...-wei................

Sunday, April 10, 2011

penat TAPI berbal0i...

 9 April 2011 a.k.a semalam la..
pa yang jadik??erm...wat pertama kli dlam pnubuhan MRC CFS IIUM(ya2 ja..hehehe..)..trtubuhnya Al Fateh Apprentice (AF) di mna AF ialah sbuah c0nsultant gr0up yg dbyar utk mntarbiahkan pljar2 sk0lah...cewaah!!!
ish...pa yg nk cita sbnarnya ni..0wh..ha...awl2 pgi (awal???) 
lgi tyar keta dh brgerak ke SAR Al Falah...smpai ja smua adik2 dh mnnti...waarghh...cuak l0r..
kalu tak0t = syirik??erm...
fasi ka ni??
geng2 fasi
pa yg jadik kat sni???smua dlam keadaan baik..fasi2 p0n baguih2 blaka...adik2 ni p0n jnis yg dgar ckap...
 lega rasa...sdaq2 dh nk abih pr0gram..5  m0dul yg kmi wat...
smua nmpak enj0y la wlaup0n spt0tnya depa ni d0k umah tg0k tv..
TERBAEKKK AR!!!

~kenangan~
pas abih ja pr0gram..fasi2 p0n dh trkulai..tp glak ja n0nst0p..xpham pa mslah...
selamat tinggal SAR Al Falah>>>>
-----------------------------------------------------------
next l0cati0n...
gerai cend0l!!!sedap l0r..thanx la spa yg ajak 2...
mna gmbar cend0l???0ppss..lpa la..
sbnarnya kmi 0tw ke ASIS plak...ni sk0lah kbggaan PM kmi..spa xbgga sk0lah hbat l0r..tp...bas sk0lah kta 
sma la PM wlap0n sk0lahku hnyalah SMK a.k.a sk0lah besa ja...huhu..knp ek??hehehe...
ni al kisah prjalanan ke ASIS...0rg yg f0ll0w ssat n kmi trpaksa tgu slama _______....
at last...0rg yg ssat smpai dlu...apa kes??
erm..xpa2..wlaup0n wk2 smpai 2 smua dh blik..tp kmi smpat brgmbar...hahaha...



----------------------------------------------------------
pit st0p....
ni mmg trbaek ar...xpnah dbuat 0rg rsanya...mlepak kat Petr0nas...ad0i...
lama la jgak kat stu..waffle plbagai rsa...





dh2...j0m balik!!!!
smpai ja blik...debummmm!!!zZzZZzzz..............
--------------------------------------------------------
mlamnya...
prniagaan brmula......pas2???erm...tid0 smpai pg....
kalu nk tlis ik0t jam...mmg lg nmpak pa yg jdik..tp xkan la...kasar ja bnyi...
mmg pnat tp brbal0i ar...ujian ketahanan fizikal n mental...
AF akan ke tmpat lain plak pasni!!!!mna??
tunggu~~~~

Friday, April 8, 2011

tanggung + jawab = tanggungjawab!!!!

erm...dh lama xupdate bnda alah nih..haish...dh brsawang gmaknya..
siap da lampu biru lg~~


agknya bz sgat k0t...bz ka??tpuk pala tnya akal..wargghhh!!ntah pa2..
----------------------------------------------------------
sbnarnya nk cita psal satu bnda yg 0rg pndang remeh sgt2..mgkin xrmai yg amek ksah hal ni..sbgai pringatan kpada dri sndri jgak..




----------------------------------------------------------

Firman Allah S.W.T. kepada Nabi Allah Musa A.S. : 
"Hai Musa! Sesungguhnya barangsiapa berbuat kebajikan kepada ibubapanya tetapi mendurhakai Aku,nescaya akan Aku tuliskan dia adalah orang yang berbuat baik.Dan,barangsiapa yang berbuat kebajikan kepada Aku tetapi mendurhakai ibubapanya,nescaya akan Aku tuliskan dia adalah orang yang berbuat durhaka"
Jangan sesekali kita menderhakai walaupun salah satu dari kedua orang tua kita. Jangan sesekali kita menderhakai mereka walaupun dengan satu bunyi dengusan di hidung kerana perasaan tidak puas hati terhadap mereka.
Dan,janganlah kita sesekali menderhakai mereka walaupun mereka berbuat zalim. 
Sabda Junjungan Nabi Besar Muhammad Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa pagi-pagi lagi membuat kesenangan kepada kedua ibubapanya,nescaya terbuka dua pintu syurga untuknya.Dan, barangsiapa mengikutinya nescaya beroleh sepertinya juga.Jikalau hanya seorang sahaja di antara mereka yang menyenangi, maka dia beroleh satu pintu sahaja.Dan barangsiapa pagi-pagi lagi membuat kemarahan kedua ibubapanya,nescaya terbuka dua pintu neraka untuknya. Jikalau hanya seorang sahaja di antara mereka yang marah, maka dia beroleh satu pintu sahaja."


Menderhakai ibu adalah satu-satunya perbuatan yang amat dimurkai Allah S.W.T.Renungilah firman Allah S.W.T.sepertimana yang telah dituliskan di atas.Oleh itu sementara ibu kita masih hidup dan bersama kita,maka adalah wajib kita memenuhi tanggungjawab kita sebagai anak,iaitu dengan berterusan membuat kebajikan terhadap mereka. 
Sabda Junjungan Nabi Besar Muhammad Rasulullah S.A.W.:
"Berbuat kebajikan kepada kedua ibubapa adalah lebih utama dari bersolat, bersedekah, berpuasa, menunaikan umrah, menunaikan haji dan berjihad fisabilillah".
-----------------------------------------
j0m balik kg!!!
Sekiranya mereka tinggal berasingan dari kita, maka ziarahilah mereka seberapa kerap yang mungkin.
Jika mereka tinggal berseorangan maka bawalah mereka tinggal bersama. Ingatlah bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjadikan kita tetapi merekalah orang-orang yang telah sepenuhnya bertanggungjawab memberikan kehidupan kepada kita.Walaupun mengambil mereka tinggal bersama berkemungkinan akan menimbulkan rasa kurang senang di hati sesetengah pasangan kita namun sedarlah bahawa hubungan ibu dan anak atau bapa dan anak dengan hubungan kita dan  pasangan kita tidak akan sesekali sama.
Justeru mengambil berat kebajikan ibubapa adalah keutamaan yang hakiki.
---------------------------------------------------------
Lihatlah apa yang boleh anda lakukan untuk mereka.Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan umpamanya memberikan wang saku yang mencukupi untuk mereka,membelikan stok makanan untuk mereka seperti beras, susu, gula, sayur, ikan, daging dan sebagainya, menyediakan mereka pakaian yang lebih baik, membantu menjelaskan bil-bil air, letrik dan telefon mereka, membantu menjelaskan bil-bil cukai seperti cukai tanah, membantu menjelaskan ansuran kenderaan mereka, wang mengisi minyak perjalanan, membantu menjelaskan hutang-piutang mereka, membersihkan, menghias dan mencantikkan halaman luar dan dalam rumah mereka, menjaga dan memelihara harta mereka seperti sawah bendang, kebun dan ladang. Sesungguhnya kesemua ini mungkin berat untuk dilaksanakan namun kesedaran kita bahawa betapa beratnya tanggungjawab yang telah semasa masih dalam kandungan di hari sangkala pertama ditiupkan kelak.
---------------------------------------------------------
Hubungan ibubapa, anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit sehinggalah yang terakhir tidak akan sesekali putus dunia dan akhirat. 
~asy~


Janganlah kita berbalah dalam apa jua perkara pun dengan kedua orang tua  khususnya ibu kita. Sekiranya ada kesilapan maka berbincanglah dengan aman dan bentuklah keyakinan untuk mencari kesefahaman bersama. Sekiranya masih tiada persefahaman maka, senyapkanlah perkara itu dari diperbincangkan untuk mengelakkan perbalahan. Sekiranya perkara tersebut masih perlu diperbincangkan,jemputlah mana-mana anggota keluarga yang cukup kuat yang boleh meyakinkan mereka akan cadangan anda. Sesungguhnya betapa adanya sesetengah dari kita yang agak besar kepala dan menafikan ibunya kerana sedikit atau sebanyak perselisihan faham,kelak nama ibu itulah yang akan dibin dan dibintikan kepadanya sewaktu jasad ditalkinkan dan nama kita berbin dan berbinti ibu itulah yang akan kekal buat selama-lamanya.
~haikal & hakimi ~
-----------------------------
Bagi yang tinggal berdekatan dengan ibubapa mereka, pulanglah ziarahi mereka. Bagi yang tinggal agak berjauhan, cuba-cubalah cari jalan untuk pulang menziarahi mereka. Bagi yang terlalu jauh pula, sekiranya pulang adalah sesuatu yang tidak selalu boleh dilakukan,maka ringan-ringankanlah hati itu mengirimkan sekeping kad ucapan Selamat Hari Ibu buat mereka.Isilah kesunyian hati mereka dengan ingatan kita sebagai anak-anak yang solehah. Jadikanlah hari istimewa ini sebagai salah satu kebiasaan hidup kita. 
Mengucapkan kata-kata indah kepada ibu-ibu tercinta.Kita bukan sahaja boleh mengucapkannya kepada ibu-ibu kita bahkan juga boleh mengucapkannya kepada mana-mana wanita yang pernah dan sedang mempunyai anak,contohnya kepada isteri atau isteri-isteri kita sendiri,ibu-ibu saudara kita,ibu mertua kita,ibu-ibu di sebelah mertua kita,ibu tiri kita,ibu tumpang kita,ibu susu kita,ibu angkat kita,rakan-rakan wanita sepejabat kita yang telah menjadi ibu bahkan kepada mana-mana wanita yang bakal menjadi ibu serta mana-mana wanita yang menjadi ibu kepada  anak-anak angkat.
-------------------------------------------------------------
Sabda Junjungan Nabi Besar Muhammad Rasulullah S.A.W.: "Kembalilah kepada kedua ibubapamu,mintalah izin daripada keduanya.Sekiranya keduanya memberikan persetujuan,maka berjihadlah menyempurnakannya dan sekiranya tidak,maka berbuatlah kebajikan kepada keduanya mengikut kesanggupanmu.Sesungguhnya itulah yang sebaik-baiknya untuk kamu bertemu dengan Allah S.W.T.  sesudah Tauhid"